Connect with us

Oh! Media

Waran Tangkap Baru Untuk Zakir Naik Kerana Kes Lain!

Oh! Negara

Waran Tangkap Baru Untuk Zakir Naik Kerana Kes Lain!

Gambar sumber The Star

Nampaknya apa yang Ohmedia lihat, kes tentang Dr Zakir Naik ini tidak akan ada kesudahannya. Bersungguh betul mereka nak jatuhkan beliau. Semalam, satu waran tangkap tanpa jaminan (NBW) telah dikeluarkan oleh mahkamah khas di India berhubung dakwaan kes pengubahan wang pada tahun 2016.

ADVERTISEMENT

Dipetik dari Sinar Harian, Waran berkenaan dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Akta Pencegahan Pengubahan Wang (PMLA), PP Rajvaidya berikutan rayuan difailkan Direktorat Penguatkuasaan (ED) yang menyiasat kes tersebut.

Sebekum ini, peguam Zakir Naik telah kemukakan rsyuan untuk meminta tempoh dua bulan untuk hadir ke mahkamah, namun rayuan peguamnya ditolak.

ED juga sebelum initelah memfailkan rayuan baharu bagi mendapatkan NBW ini kerana ED mendakwa pihkanya telah mengenal pasti wang berjumlah INR193 (RM11.36juta), hasil dari aktiviti pengubahan wang pada tahun 2016.

Sebelum ini, satu saman telah dikeluarkan keatas Pendakwah berkenaan selepas mendapat aduan tentang peniaga barang kemas yang berpangkalan di Dubai, Abdul Kadir Najmudin Sathak, kerana membantu Zakir mengumpul dan menggelapkan harta.

Agensi itu sebelum ini telah menyita hartanah milik Zakir, antaranya Sekolah Islam Antarabangsa di Chennai, 10 flat, dua bangunan dan tanah masing-masing di Pune dan Mumbai.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas