Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Pernah Diculik Mahluk Asing Lebih Dari 50 Kali

Umum

Wanita Dakwa Pernah Diculik Mahluk Asing Lebih Dari 50 Kali

Kewujudan mahluk asing memang menjadi tanda tanya kepada seluruh manusia di bumi akan kewujudannya. Pelbagai teori serta pendapatan daripada ramai ramai tentang keberadaan ini. Tidak kalah juga, ada juga manusia yang pernah ternampak kelibat objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa.

ADVERTISEMENT

Lain pula cerita daripada seorang wanita yang berasal daripada London ini yang mendakwa pernah diculik oleh mahluk asing sebanyak 50 kali bermula dia sejak kecil selain turut mendakwa pernah dibawa menaiki UFO.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Paula Smith, 50 mendakwa pernah diculik oleh mahluk luar angkasa tersebut selain turut mempunyai bukti yang dirinya diculik berkali-kali sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya termasuk kesan lebam di lengannya dan kesan lebam dari cap jari mahluk asing tersebut.

Lakaran yang dihasilkan Paula tentang wajah mahluk asing yang menculiknya.

Saya sudah mengalami 53 insiden paranormal. Tiada amaran diberikan dan kejadian itu berlaku begitu sahaja. Saya hanya mampu meneruskan kehidupan seperti biasa kerana jika tidak saya akan menjadi gila

Paula turut berkata, mahluk asing tersebut mempunyai teknologi yang tidak dimilik manusia.

Mereka juga menayangkan kepada saya sebuah tayangan slaid yang memaparkan sebuah tasik yang indah dan kemudian ia bertukar menjadi hitam, langit biru menjadi darah dan kemudian saya menyedari itu adalah sebuah video tentang bumi yang dihancurkan oleh kerakusan manusia.

Kesan Lebam hasil daripada cap jari mahluk asing yang menculiknya.

Selain itu, Paula juga mendakwa melihat kapal angkasa pada tahun 1982 ketika berada dalam sebuah hutan.

Saya cuba untuk melarikan diri, tetapi tidak berjaya kerana kaki saya seolah-olah kaku seperti terbenam di dalam tanah sebelum semuanya bertukar menjadi gelap.

Saya dapat menggambarkan dengan baik kapal angkasa itu, tinggi dan lebarnya kira-kira 30 kaki. Ia berwarna hitam dengan cahaya hijau dan biru dan bahagian tepi

Meskipun telah diculik berkali-kali, Paula tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana risau orang ramai akan menyangka dia tidak siuman.

Kredit: Daily Star, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas