Connect with us

Oh! Media

Wajah Wanita Berusia 28 Tahun Kelihatan Seperti 70 Tahun

Umum

Wajah Wanita Berusia 28 Tahun Kelihatan Seperti 70 Tahun

Selepas melahirkan anak pertama, wajah seorang wanita berasal dari Zhengzhou, Henan yang berusia 28 tahun ini berubah kelihatan seolah-olah sudah berusia 70 tahun sehingga memaksa dia untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik.

ADVERTISEMENT

 Wajah Hu berubah berubah menjadi cepat tua daripada sepatutnya selepas melahirkan anak pertamanya 11 tahun lalu.

Menurut doktor, Hu telah disahkan menghidapkan penyakit kecelaruan kulit yang dinamakan Cutis laza dan penyakit itu menyebabkan kulitnya menjadi longgar, melebeh dan berkedut. Kesan itu boleh dilihat jelas pada muka dan leher Hu.

Walaupun rupanya tidak ubah seperti seorang nenek sepanjang 11 tahun, suaminya sentiasa bersama dan tidak pernah merungut tentang wajah Hu.

Walaubagaimanapun, dia menyedari bahawa anaknya mula menjauhkan diri serta malu untuk memberitahu rakannya bahawa Hu adalah ibunya. 

Hu adalah salah seorang daripada kurang 10 yang menghidapi penyakit ini di dunia dan satu-satunya daripada China.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas