Connect with us

Oh! Media

Wan Kuzri Dan Jaami Qureshi Bakal Sertai Skuad Bawah 19 Tahun Negara

Ohmedia wankuzri qureshipng

Oh! Lifestyle

Wan Kuzri Dan Jaami Qureshi Bakal Sertai Skuad Bawah 19 Tahun Negara

Berita baik untuk skuad bawah 19 tahun negara apabila memiliki peluang untuk mendapatkan pemain muda kacukan iaitu Jaami Qureshi yang kini bermain untuk kelab Brighton & Hove Albion di England. Hal ini disebabkan bapa kepada pemain tersebut Perviz Qureshi mengumumkan di Twitter bahawa Brighton sedia untuk memberi lampu hijau jika Qureshi mendapat panggilan dari FAM.

Seperti kita semua tahu, Skuad bawah 19 tahun negara kini dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan B-19 AFC yang akan berlangsung di Uzbekistan pada bulan Oktober. Jadi, dengan kemasukan Jaami Qureshi pasti akan menambah sengat di bahagian serangan di mana beliau dijangka akan bergandingan bersama Luqman Hakim.




Selain itu, seorang lagi pemain muda yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal juga akan dibawa untuk sertai skuad muda negara selepas pemain tu menunjukkan minat. Kini FAM sedang menguruskan dokumentasi pemain tersebut.

IKLAN

OHMEDIA: SEMOGA KEHADIRAN MEREKA DAPAT MEMPERKUATKAN LAGI PASUKAN NEGARA DI SAINGAN PIALA AFC BAWAH 19 TAHUN NANTI


Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Wan Kuzri dan Jaami Qureshi bakal sertai skuad bawah 19 tahun negara di Facebook Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas