Connect with us

Oh! Media

Wajib Iklan Jawatan Kosong Di JobsMalaysia, Utamakan Pekerja Tempatan

Umum

Wajib Iklan Jawatan Kosong Di JobsMalaysia, Utamakan Pekerja Tempatan

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memberi satu kenyataan berkaitan masalah pengangguran yang berlaku kepada rakyat tempatan akibat pendemik Covid-19. Oleh yang demikian, Kementerian Sumber Manusia telah memberi cadangan untuk wajibkan majikan yang ingin mencari pekerja supaya mengiklankan kekosongan tersebut di JobsMalaysia.

ADVERTISEMENT

Hal ini perlu dilakukan untuk memberi peluang dan keutamaan kepada pekerja tempatan mengisi jawatan itu dahulu sebelum diberikan kepada pekerja asing. Selain itu, ia juga dapat membantu dan memberi masa untuk agensi di bawah kementerian melakukan pemadanan kerja yang sesuai kepada calon tempatan.

Bagi mereka yang sedang mencari kerja, Kementerian juga menyarankan korang untuk mendaftarkan nama di MYFutureJobs PERKESO kerana syarikat ini akan membantu warga tempatan yang sedang mencari kerja.

OHMEDIA: SEMOGA PERKARA BAIK INI DAPAT MEMBANTU WARGA TEMPATAN UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN


Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Wajib iklan jawatan kosong di JobsMalaysia, utamakan pekerja tempatan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas