Connect with us

Oh! Media

Wabak Virus Corona Belum Sampai Tahap Kritikal Kata Perdana Menteri

Oh! Negara

Wabak Virus Corona Belum Sampai Tahap Kritikal Kata Perdana Menteri

Hari demi hari, wabak virus corona misteri ini nampaknya semakin menjadi-jadi sehingga China terpaksa mengumumkan darurat di sana. Malaysia juga turut telah berjaya mengesan beberapa pelancong dari China yang disyaki mempunyai simptom virus ini.

ADVERTISEMENT

Akan tetapi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan yang wabak ini belum sampai ke tahap kritikal untuk buat keputusan menyekat kemasukan pelancong dari China.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah wajar untuk menyaring pelancong dari China dan mengenakan kuarantin kepada mereka yang ada simptom penyakit itu.

Lain pula ceritanya di Filipina, apabila mereka telah membuat keputusan untuk menghantar semula kesemua 500 pelancong dari China pulang ke tanah air mereka.

Diharapkan Kerajaan Malaysia memantau dan membuat keputusan mengenai perkara ini dengan sebaiknya.

+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas