Connect with us

Oh! Media

Visit Malaysia 2020 – Malaysia Airlines Disaran Untuk Mempromosikannya

2000x1500 1jpg

Oh! Lifestyle

Visit Malaysia 2020 – Malaysia Airlines Disaran Untuk Mempromosikannya

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines disarankan untuk meletakkan logo ‘Visit Malaysia 2020’ pada setiap pesawatnya sebagai promosi untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Perkara ini dilihat perlu bagi mencapai sasaran 30 juta pelancong ke negara ini pada 2020.

Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan berkata, “Saya telah beritahu kepada ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan itu untuk membawa serta memasarkan Malaysia di luar negara. Tolonglah lekat logo ‘Visit Malaysia 2020’ pada semua badan kapal terbang,” katanya.

IKLAN

Mohamaddin berkata saranan itu juga turut dikemukakan kepada syarikat penerbangan luar negara bagi mempromosikan sektor pelancongan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Selain itu saya juga berunding dengan IndiGo Airlines dari India berikutan ramai pelancong dari negara itu berkunjung ke negara kita. Saya sarankan kepada mereka (syarikat penerbangan IndiGo Airlines) yang ingin membawa pelancong masuk ke negara ini agar melekatkan logo ‘Visit Malaysia 2020’ pada badan kapal terbang masing-masing,” katanya lagi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas