Connect with us

Oh! Media

Visa Belajar Atau Kerja Sambil Bercuti Untuk Rakyat Malaysia – New Zealand

Oh! Lifestyle

Visa Belajar Atau Kerja Sambil Bercuti Untuk Rakyat Malaysia – New Zealand

Selepas Australia yang menawarkan visa buat pelajar dan pelancong Malaysia, kini anda juga boleh pergi ke New Zealand sebagai destinasi seterusnya. Ini kerana New Zealand kini membuka peluang bercuti sambil belajar atau bekerja buat rakyat Malaysia tahun ini.

ADVERTISEMENT

Ini dapat dilihat melalu maklumat yang terdapat di portal imigresen New Zealand yang kini menawarkan peluang tersebut kepada rakyat Malaysia sehingga 6 bulan menggunakan visa percutian.

Walaubagaimana pun, pemohon perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya NZ$2,250, atau kira-kira RM6,100 bagi menampung perbelanjaan ketika berada disana.

Antara syarat-syarat lain yang dinyatakan dilaman web Imigresen New Zealand adalah seperti berikut:

  1. Berumur antara 18 sehingga 30 tahun.
  2. Tidak dibenarkan mempunyai kerja tetap ketika berada disana.
  3. Pekerjaan anda mestilah sah disisi undang-undang.
  4. Tidak dibenarkan memberi perkhidmatan berunsurkan seksual.
  5. Boleh bawa anak atau pasangan bersama-sama dengan visa yang berasingan.
Anda boleh memohon bermula dari 23 Januari 2019 ini seawal jam 5 pagi.Untuk pengetahuan anda juga, ia dibuka hanya untuk 1,150 orang sahaja bagi pemohon Malaysia. Oleh itu, bagi mereka yang berhajat untuk belajar atau bekerja sambil bercuti, bolehlah rancang ia dari sekarang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas