Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Marah Buaya Dengan Loghat Melaka, Aksi Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Oh! Tidak

(VIDEO) Marah Buaya Dengan Loghat Melaka, Aksi Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial apabila tersebarnya sebuah video memaparkan seorang lelaki yang bekerja di sebuah taman buaya di Melaka dilihat sedang memarahi seekor buaya ketika dia sedang membersihkan kandang buaya tersebut.

ADVERTISEMENT

Sebuah video berdurasi 43 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @Bedamau mencuit hati netizen apabila dia memarahi buaya itu menggunakan loghat negeri Melaka ketika dia sedang menyapu sampah berhampiran buaya itu yang dilihat ingin menyerangnya.

Rata-rata netizen memuji aksi berani lelaki terbabit yang tidak takut untuk mendekati haiwan pemangsa itu, sebaliknya hanya memarahi haiwan tersebut dan meneruskan kerjanya.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Mohd Rizal Manoor, 36, merupakan penjaga haiwan di Taman Buaya Melaka selain turut mendedahkan disebabkan kerjanya saban hari berdepan buaya seperti mencuci kolam renang dan memberi makan, dia mengambil pendekatan untuk bersembang dengan reptilia itu.

Rizal mengakui sering bercakap dengan buaya bagi mewujudkan kemesraan antara mereka (Sumber: Harian Metro)

Rizal yang sudah bekerja sejak tahun 2018 mengakui telah rapat dengan lebih 100 ekor buaya, namun dia tidak mudah terleka ketika melakukan pekerjaan kerana berkemungkinan akan diserang walaupun reptilia itu dalam keadaan kenyang.

Saya paling rapat dengan seekor buaya yang paling nakal bernama Harris yang juga buaya kedua terbesar di taman ini yang berusia kira-kira 50 tahun dan seberat lebih 800 kilogram.

Rizal juga mendedahkan bahawa di sentiasa mengucapkan kata ‘Assalamualaikum’, ‘Apa khabar’ dan ‘Selamat pagi’ bagi memastikan Harris mengenal pasti suaranya bagi mewujudkan kemesraan dan mengelakkan kebimbangan ketika bekerja.

Selain buaya, Rizal turut mesra dengan haiwan lain seperti ular, kura-kura dan arnab selain turut mendedahkan minatnya terhadap haiwan menjadikan dia mudah untuk menguruskan kehidupan di sana.

Video yang dimuat naik oleh Rizal di aplikasi TikToknya kini telah mencapai lebih daripada 300,000 tanda suka selain turut dikongsikan lebih daripada 15,000 kali.

Kredit: Bedamau. Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas