Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Parah Ditetak Suami Sendiri Dihadapan Rumah

Umum

(Video) Wanita Parah Ditetak Suami Sendiri Dihadapan Rumah

 

ADVERTISEMENT

PORT DICKSON – Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai suspek kes tetak seorang wanita kurang dari 30 minit selepas insiden berkenaan berlaku.

Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.

“Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut.

“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka,” katanya.

Baharudin berkata, polis juga berjaya menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek.

“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Terdahulu, mangsa seorang wanita berusia awal 20-an bekerja di sebuah hotel di Port Dickson telah diserang tiga lelaki termasuk suaminya.

Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian mangsa baru pulang dari tempat kerja dan diserang dengan menggunakan parang ketika dia turun hendak membuka pintu pagar rumahnya.

JANGAN TONTON VIDEO INI JIKA ANDA SEORANG YANG LEMAH SEMANGAT!!!

Posted by My Malaysia-என் மலேசியா on Sunday, October 4, 2015

Suspek dipercayai telah mengekori mangsa beberapa kilometer sebelum tiba di rumah dan terus menyerangnya sebaik sahaja mangsa keluar kereta.

Sementara itu, ibu mangsa yang melihat kejadian berkenaan cuba membantu anaknya selepas diserang menggunakan senjata dipercayai parang ditolak sehingga jatuh.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.

Kami Review 3 Flavor Dari The Madhouz. Vape On!

Oh! Review Flavour The MadHouz

Siapa yang tak kenal dengan The MadHouz, boleh dikatakan hampir kesemua kedai vape di Malaysia menjual produk mereka, di sini kami kongsikan review lengkap keunikan yang membuatkan flavor dari The MadHouz cukup popular di kalangan vapers.Vapebreed – +6013 765 9465The juice machine – +6017 304 4916Shah OD – +60 19 513 8079Mizi thorbestvape – +60 19 376 5358Artikel penuh di http://ohmedia.me/madhouz

Posted by Oh! Media on Friday, October 2, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas