Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita OKU & Pengemis Pulangkan Wang Tercicir Sentuh Hati Rakyat Malaysia

Oh! Lifestyle

(Video) Wanita OKU & Pengemis Pulangkan Wang Tercicir Sentuh Hati Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengarah muda, Jason Lim sekali lagi memberi tamparan kepada rakyat Malaysia selepas menerbitkan sebuah filem pendek berdurasi empat minit mengenai sikap jujur, amanah dan perikemanusiaan dalam kalangan masyarakat negara ini.

ADVERTISEMENT

Jason Lim Productions telah merakam sikap sebenar rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, mahupun agama apa tindakan yang akan dilakukan apabila mereka menjumpai wang yang tercicir.

“Jika anda ternampak seseorang tercicir wang di atas jalan, adakah anda akan mengambil wang tersebut? Atau anda akan melakukan perkara yang sepatutnya?.

“Kami mengambil keputusan untuk mencari kebenaran,” tulis Jason Lim Productions.

Menerusi video berjudul “Greed – The Greedy Race” (Tamak – Bangsa Yang Paling Tamak), seorang lelaki dilihat berjalan di kaki lima sekitar ibu kota, sebelum menjatuhkan wang kertas bernilai RM50 di depan mana-mana individu yang melalui kawasan tersebut.

Menariknya, pada awal rakaman tersebut ia menyaksikan beberapa individu tanpa segan silu mengambil wang yang “dijatuhkan” oleh pemuda tersebut tanpa mereka sedari bahawa tindakan mereka sedang dirakam.

Namun, detik menyentuh hati mula dirasai bermula minit ke 1:30 apabila beberapa individu terutamanya wanita OKU dan pengemis sedaya upaya memulangkan kembali wang tercicir dihadapan mereka.

“Seorang pengemis boleh memulangkan duit, apa lagi mahu cakap.. video yang hebat,” tulis pengguna Facebook, Thusentran P Ramaswamy.

Sehingga kini video yang dimuat naik di laman Facebook Jason Lim Productions telah mendapat tontonan lebih 483,000 kali dan dikongsi lebih 21,000 pengguna Facebook.

Dah tengok Filem Munafik?

Reaksi Penonton Ketika Menonton Filem Munafik

Ini adalah rakaman sebenar aksi penonton ketika menonton filem #Munafik. Macam dalam review Oh! Media semalam lah kan dah cakap cerita ni memang seram yang amat!!

Posted by Oh! Media on Friday, March 4, 2016

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas