Connect with us

Oh! Media

Video Tidak Diubah Atau Dimanipulasi – Pakar Forensik Digital

Oh! Negara

Video Tidak Diubah Atau Dimanipulasi – Pakar Forensik Digital

Isu video seks melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menarik perhatian media asing yang memetik pandangan beberapa pakar digital untuk mengenal pasti ketulenannya. Pertubuhan media Australia, SBS News, memetik pakar forensik digital, Kevin Nguyen bahawa tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat ke atas klip berkenaan.
Berikutan analisisnya terhadap ketiga-tiga klip yang disebarkan itu, Nguyen berkata: “Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.
“Saya menjalankan beberapa analisis forensik… terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelasnya. Menurut SBS, Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini berunding dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.
“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) Deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung,” katanya.
SBS, yang merupakan organisasi berita yang dibiayai oleh kerajaan, memetik Siwei sebagai pakar dalam bidang kepintaran buatan dan forensik media.
Pakar lain yang dipetik SBS, Giorgio Patrini yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Deeptrace dari Australia, berkata kualiti video itu terlalu rendah untuk membolehkan mendapat suatu analisis muktamad.
Firma Patrini mengendalikan pengesahan video yang diubah dengan teknologi Deepkfake.
“Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Mohamed Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital,” kata laporan itu lagi.
Mohamed Azmin, yang juga timbalan presiden PKR menyifatkan video itu, yang dibocorkan oleh individu yang tidak diketahui melalui Whatsapp, sebagai suatu komplot jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.
Ini selepas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengesahkan dirinya ialah lelaki lain dalam video itu yang dilihat memaparkan perlakuan lucah dengan orang yang dikatakan menyerupai Azmin itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Haziq sedang disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk hubungan seksual luar tabii, juga mendakwa Mohamed Azmin ialah lelaki yang bersamanya di dalam video itu. Haziq juga mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah bilik hotel di Sandakan pada bulan lepas. Pihak polis sedang menyiasat bagi menentukan sama ada klip video itu palsu atau tidak.
Sumber : New Malaysian Post

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas