Umum
(Video) Stesen TV Mohon Maaf Siar Gambar Obama Sebagai Suspek Rogol

Sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat telah mengeluarkan permohonan maaf akibat kesilapan mereka menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat (AS) Presiden Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini.
Perkara itu terjadi semasa penyampai berita, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita mengenai kes jenayah rogol dan dalam masa yang sama visual gambar Obama tersiar sebagai suspek jenayah tersebut yang didapati tidak bersalah.
Kejadian itu mengundang perasaan marah daripada penyokong Obama yang menganggap stesen televisyen itu sengaja melakukan perkara tersebut.
“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan,” ujar seorang penyokong Obama.
“Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik,” jelasnya.
Video berikut merupakan rakaman semasa stesen televisyen menyiarkan gambar Barack Obama sebagai pesalah rogol.
OHMEDIA: Macam-macam hal depa ni. Haha!
—————————————————————–
Hotline : 0122553390
