Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Perang Saraf Borja, Martinez Tenang Selamatkan 3 Penalti Colombia

Oh! Tidak

(VIDEO) Perang Saraf Borja, Martinez Tenang Selamatkan 3 Penalti Colombia

Selain kehangatan Euro 2020 yang kini berlangsung, kita tidak boleh juga melupakan kemeriahan Copa America yang telah menjumpai pasukan yang akan beraksi di pentas Final. Argentina berjaya mengesahkan kedudukan mereka sebagai finalist yang bakal menentang Brazil pada Ahad depan.

ADVERTISEMENT

Kehangatan dan kualiti Copa America dapat dilihat melalui skil-skil daripada pemain ternama seperti Neymar dan juga berlakunya drama-drama yang sudah semestinya salah satu detik yang ditunggu-tunggu dalam setiap kejohanan bola sepak.

Seperti perlawanan baru-baru ini melibatkan pasukan Argentina melawan Colombia, pasukan Argentina berjaya menewaskan pasukan lawanya menerusi penentuan sepakan penalti. Namun yang menjadi perhatian dunia ketika ini adalah drama yang berlaku disebalik sepakan penalti tersebut.

Perlawanan yang berkesudahan 1-1 itu berlarutan sehingga penentuan sepakan penati. Penjaga gawang Argentina, Emiliano Martinez telah memanfaatkan keadaan stadium yang sunyi tanpa penonton untuk menyerang pihak lawannya dengan perang saraf bagi menghilangkan fokus mereka.

Ketika skor penalti ketika itu adalah 1-1, pemain Colombia, Yerry Mina bersedia untuk melakukan sepakan, namun Emi Martinez memulakan lagi perang sarafnya kepada Mina menyebabkan pemain itu kurang fokus dan penaltinya diselamatkan.

Semasa Argentina mendahulu, pemain Colombia, Borja juga turut melakukan perang saraf terhadap Martinez dan berjaya menjaringkan penalti tersebut. Apa yang menjadi perhatian ketika itu adalah aksi Borja yang menari dihadapan Martinez selepas berjaya menewaskan penjaga gawang Argentina itu.

Namun, kejadian itu tidak langsung mengugat jiwa Martinez sebaliknya berjaya menyelamatkan penalti Edwin Cardona yang secara tidak langsungnya berjaya membawa Argentina ke pentas Final Copa America.

Macam-macam drama berlaku, tetapi kredit kepada Emi Martinez yang berjaya menjadi wira Argentina dengan menyelamatkan tiga penalti Colombia walaupun menggunakan taktik ‘kotor’.

Sumber: Facebook

Kredit: Twitter, Axello.net

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas