Connect with us

Oh! Media

(Video) Pemuda Berusia 25 Tahun Miliki Rumah Kontena Dengan Kos RM75,000, 6 Bilik Tidur

Umum

(Video) Pemuda Berusia 25 Tahun Miliki Rumah Kontena Dengan Kos RM75,000, 6 Bilik Tidur

Pada zaman ekonomi negara tidak menentu kini, memiliki rumah sendiri bukanlah sesuatu yang mudah bahkan bagi golongan yang muda.

Walaupun mampu, kita bakal menanggung hutang yang sangat lama kerana nilai rumah yang sangat tinggi. Jadi, sampai bila kita haru menunggu untuk memiliki rumah impian kita sendiri.

ADVERTISEMENT

Namun, pendekatan yang diambil oleh dua pemuda ini untuk membina rumah kontena nampaknya adalah suatu keputusan yang sangat bijak. Malah mereka berdua kini mampu berbangga dan tersenyum lebar melihat rumah unik yang tersergam indah.

Ikuti perkongsiakan oleh saudara Muhammad Azree mengenai kisah rumah kontenanya.

PENDEKATAN KREATIF MEMILIKI RUMAH SEMUDA 25 TAHUN

Bila sebut pasal rumah, semua orang mula rasa gelisah, mana taknya, harga rumah kini bagai mimpi ngeri untuk semua golongan muda, yang bujang yang dah berkahwin juga kepada yang sudah berkeluarga.

Orang kata, nak cari rumah jangan cari kat Malaysia, gula naik 20 sen pun kita takleh kawal harga Teh O secawan, inikan pula harga barang-barang binaan. (Gula sekilo naik 20 sen, teh o pun naik 20 sen? EH? Buat air secawan gula kena sekilo ke?)

OK OK kembali ke point asal

Disebabkan permasalahan tersebut, kami rasa buang masa dan tenaga sahaja nak menyalahkan orang. Ya, kami tidak mampu dan berpendapatan besar untuk beli banglo2 besar, belum masanya.

Jadi…

Ini penyelesaian yang diambil saya dan rakan (Fuad Ismail) , perkongsian kali ini harapnya bermanfaat untuk anda semua.

Saya membeli tanah di Selangor pada harga RM35 ribu seluas 2400 kaki persegi dan kemudian menjual separuh kepada Fuad Ismail bagi merealisasikan konsep Rumah Kontena Official.

Kami membelanjakan sebanyak RM75 000 seorang bagi tujuan ini.
Dan kini, kami boleh berasa selesa dan berbangga untuk meneruskan kehidupan di rumah kami sendiri.

Kami tidak memilih dan TUNDUK kepada harga rumah sekarang.
Pinjaman selama 30 TAHUN bukan pilihan.






Kami membuat pinjaman selama 10 tahun dan kini berbaki 8 tahun setengah untuk dihabiskan.

Rumah kami lengkap dengan
6 kamar,
3 tandas,
sebuah pejabat,
rooftop garden (bumbung sebagai tebatan utama)
dapur serta halaman yang luas.

Next year kalau ada rezeki kami atas teruskan dengan tingkat ketiga dan keempat buat kolam renang atasnya

Ya, ramai yang kata kami gila. Ramai yang tak bersetuju namun kami teruskan jua.

 

Ini video terakhir yang kami sediakan untuk tatapan anda semua.
Mudah-mudahan membawa manfaat kepada semua.
Hidup di zaman yang mencabar harus diiringi pemikiran dan solusi yang unik dan praktikal. Kita harus berpijak di bumi yang nyata.

Bagi kami tiada masalah untuk berkongsi dengan rakan baik untuk membina rumah bersama menjadikan persahabatan lebih akrab dan perkongsian idea dan penyelesaian masalah bersama kan mendewasakan kami.

Ya, diusia 25 tahun kami bermula, dan setahun kemudian, inilah hasilnya, meski baru 95% siap, kami tak sabar nak beritahu anda semua hasilnya.

Anda pilih, Rumah Teres Setingkat Secondhand RM250 000
Atau Rumah Teres Setingkat Baru RM350 000
Atau Rumah yang anda akan bina sendiri dengan membeli tanah sendiri pada kos RM75 000.

Tepuk dada tanya selera.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan terutamanya ahli keluarga kami, kontraktor utama kami, En Nor Azwaan Wanjawa dan pekerja2. Jiran yang membantu Suhardi & Kak Yan (juga jadi pembekal makanan pada kontraktor kami). Media2 sosial Viral, akhbar2 tempatan, luar negara, rancangan TV tempatan dan radio tempatan semua yang telah membantu mengetengahkan konsep ini.

Juga semoga maju jaya kepada Marni Yusoh dan rakan2 lain yang sudah memulakan projek mereka di tanah masing2 serata Malaysia

Sekian dari kami Assalamualaikum

Muhamad Azree & Fuad Ismail
Rumah Kontena Official
https://www.instagram.com/rumahkontena


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas