Connect with us

Oh! Media

(Video) Mesin ATM Ambank Hancur Diletup Perompak

Ohmedia mesin atm diletup perompak 1jpg

Umum

(Video) Mesin ATM Ambank Hancur Diletup Perompak

Melaka: Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Ayer Keroh Heights, di sini diletupkan penjenayah, 2.10 pagi tadi.

Menurut sumber, dipercayai lebih daripada tiga penjenayah terbabit dalam rompakan bank itu, menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

Difahamkan, penjenayah memakai topeng muka dan menaiki kereta Mercedes Benz putih.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, penjenayah melarikan sejumlah wang dengan melarikan laci mesin ATM terbabit.

IKLAN

 

Begitupun, difahamkan sebutir bom buatan sendiri aktif (bom paip) masih belum meletup ditinggalkan dalam ruangan mesin pengeluaran wang terbabit.

Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Bukit Aman menggunakan robot pemusnah bom untuk memusnahkan bom paip terbabit pada 10.25 pagi tadi.

VIDEO : POLIS MUSNAHKAN BOM PAIP DIGUNAKAN DALAM ROMPAKAN BANK

Sumber : Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas