Connect with us

Vanidah Imran & Daulat Trending Di Twitter! Tak Sangka Malaysia Mampu Buat Filem Politik Sebaik Ini

Oh! Artis

Vanidah Imran & Daulat Trending Di Twitter! Tak Sangka Malaysia Mampu Buat Filem Politik Sebaik Ini

Sejak dua hari yang lalu, 6 April 2020 sudah viral dan menjadi sebutan ramai orang tengan sebuah filem yang bertajuk Daulat. Filem yang bergenre politik itu sepatutnya ditayangkan di pawagam, tetapi kini ia ditayangkan secara percuma di iflix.

Tanda #Daulat menjadi trending dan pelakon Vanidah Imran turut mendapat kredit selepas rata-rata penonton amat terkesan dengan lakonannya di dalam filem ini.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan komen dan maklum balas daripada semua penonton selepas menonton filem tersebut. Sejujurnya, memang tak jangka akan mendapat sambutan sebegini. Filem ini mengesahkan dunia politik dan kita selalu rasakan yang penonton belum bersedia menerima filem sebegitu tapi sebaliknya. Generasi sekarang pemikiran mereka lebih terbuka. – Katanya kepada mStar.




Ohmedia juga sudah menonton filem ini dan ini sememangnya satu permulaan yang baik bagi industri perfileman Malaysia memandangkan tidak banyak pengarah filem berani membawakan filem yang bertemakan politik. Tidak seperti kebanyakan filem luar negara yang banyak membawa filem yang bertemakan politik dunia yang membolehkan penonton untuk berfikir.

Jadi, untuk korang yang belum tonton filem Daulat inilah masanya untuk korang tonton dalam tempoh PKP ini. Nanti kongsikan apa respon korang selepas menyaksikan filem ini ya.



+ Baca respon pembaca yang tonton filem Daulat di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

To Top