Connect with us

Oh! Media

Utusan, Kosmo Dan Mingguan Malaysia Ditutup, Tidak Mampu Bayar Gaji Pekerja!

Oh! Negara

Utusan, Kosmo Dan Mingguan Malaysia Ditutup, Tidak Mampu Bayar Gaji Pekerja!

Sumber dari GDP Architects

Alangkah terkejutnya Ohmedia mendengar berita mengenai Kumpulan Utusan yang telah wujud selama 80 tahun yang menjadi suara orang Melayu akan menutup operasinya hari Rabu (tidak rasmi sehingga artikel ini ditulis).

ADVERTISEMENT

Menurut info yang Ohmedia terima adalah Utusan tidak lagi mampu membayar gaji pekerja mereka setelah gagal untuk jual beberapa aset mereka atas beberapa faktor.

Setakat ini tiada lagi sebarang bantuan daripada pimpinan UMNO yang selama ini mencipta nama dengan menggunakan Ututsan sebagai alat propaganda politik mereka.

Kami merayu kepada Umno, ahli Umno bantulah kami, pekerja yang kami banyak berjasa membantu Umno sebelum ini untuk melihat nasib kami. Kalau tak nak bantu, juallah saham, supaya kami boleh hidup, Utusan boleh hidup dan kami boleh terus bekerja, kata presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.  

Beberapa selebriti berkongsi rasa sedih dengan penutupan Utusan Malaysia dan dengan nasib pekerja yang diberhentikan dari syarikat surat khabar berkenaan.

24 september 1994 itulah kali pertama muka ni masuk dalam utusan malaysia.. pertandingan drama sekolah2 malaysia anjuran @dbpmalaysia dan #utusanmalaysia juga @rtm_malaysia .. di situlah permulaan aku. bak kata rakan wartawan dari syarikat utusan ni “masuk berita tu satu rahmat, nak2 pula berita gembira” Allahuakbar.. dan ahad lepas rupanya dalam akhbar sisipan #pancainderamingguanmalaysia mungkin adalah kisah terakhir aku di utusan malaysia.. sayangnya aku tak sempat simpan keratan ini sebab sibuk mendaki di baling kedah.. pagi ni godek2 jumpa dalam utusan online. terlalu banyak utusan mengiringi perjalan seni aku ni.. terbayang wajah2 wartawan utusan dan kosmo yang pernah interview aku, buat photoshoot, sidang media dan sebagainya hati ini jadi sayu. aku hanya orang kecil.. selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat.. berita utusan dan kosmo akan berkubur ni buat hati aku remuk.. seteruk inikah negara ini hari ni.. takde ke tangan dan kuasa yang mampu membantu utusan agar terus menjadi saingan akhbar perdana di negara ini. pada aku negara yang hanya dengan 1 akhbar perdana bagai negara yang hanya ada 1 parti politik.. macam mana tu? aku masih mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat menyelamatkan utusan malaysia agar terus kekal relevan merentasi zaman.. terlalu banyak jasamu utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan malaysia ini. ya, usia utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara ni. antara kata2 diakhir perbualan dengan rakan wartawan aku tadi “datang lah malaikat ambik utusan dan jaga dia, kami akan kerja dengan penuh dedikasi” .. runtun hati aku mendengar luahan ini.. mohon siapa pun yang punya kuasa, punya pengaruh, punya wang, punya kepercayaan yang kami rakyat malaysia berikan.. selamatkanlah akhbar yang pernah menjadi akhbar kesayangan rakyat malaysia ini. salam solidariti buat semua warga kerja #utusanmalaysia dan #kosmo.. semoga kasih sayang dan rahmat Allah melindungi kalian semua ❤️❤️
A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Yallah .. permudahkan segala kepahitan mereka ini yaallah.. dugaan demi dugaan yg mereka hadapi.. skrg mereka ,kita blom tahu… takkan nk ddk diam???? Mereka banyak berbakti pada kita seketika dahulu… DUGAAN BESAR SAHABAT2 MEDIA KAMI.. MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA YANG SULIT.. AAAMIIINNN🤲🏼! . . Repost from @sudyrtahir using @RepostRegramApp – Assalamualaikum WTB dan Salam Sejahtera . Umum maklum mengenai situasi getir dan permasalahan yang melanda rakan sekerja kita di Utusan Malaysia dan Kosmo. . Sehubungan itu, NUJ NSTP melancarkan kutipan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan (beras/minyak/gula/pampers/susu) seperti ketetapan berikut; . Tarikh: 23 Ogos 2019 Hari: Jumaat Jam: 10 pagi – 4 petang Lokasi: Driveway Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar . Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung apatah lagi selepas tiga bulan tidak mendapat gaji. . Bagi yang ingin buat sumbangan berupa wang tunai, boleh salur terus ke akaun NUJ MALAYSIA – 80-0082256-0 (CIMB Current Acc) . Sekian, Terima kasih . #utusanmalaysia #kosmo #media
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on



Oleh itu Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia telah melancarkan #SolidaritiUtusan utnutk memberikan bantuan kepada pekerja Utusan yang diberhentikan.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas