Connect with us

Oh! Media

Ustaz Kazim Elias Tunjuk Cara Mudah Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

ohmedia uke 1jpg

Oh! Lifestyle

Ustaz Kazim Elias Tunjuk Cara Mudah Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah

Memandangkan hanya beberapa masjid dan surau sahaja dibenarkan dan kuota 30 jemaah pada satu-satu masa untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri esok hari, penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias telah menunjukkan cara-cara untuk ketua keluarga mengerjakan solat sunat berkenaan dirumah sahaja.

Jelas Ustaz Kazim, khutbah solat sunat Aidilfitri bukan penghalang bagi kita untuk mengerjakan solat sunat berkenaan bahkan perlu direbut kerana peluang berkenaan sukar diperolehi. Bagi beliau, solat ini tidak sukar untuk dilaksanakan meskipun mempunyai khutbah. Jelas Ustaz kazim, jika ketua keluarga sukar untuk melakukannya, ketua keluarga boleh teruskan dengan solat sunat.
Namun jika ada ketua keluarga yang mahu membaca khutbah tambah Ustaz Kazim, khutbah berkenaan boleh dijadikan sebagai ucapan atau tazkirah ringkas selagi mana ia memenuhi rukun solat yang ditetapkan. Dipetik dari Harian Metro, Ustaz Kazim menjelaskan bahawa solat berkenaan boleh dilaksanakan pada waktu pagi, sekitar jam 8.30 pagi.

OHMEDIA: BETAPA ISLAM ITU MUDAH, TAPI JANGAN ADA YANG CUBA MUDAH-MUDAHKAN. APAPUN PERLU RUJUK DENGAN YANG PAKAR. TERIMA KASIH USTAZ KAZIM, TERLERAI SATU MASALAH HARI ESOK.



Kredit: Harian Metro

IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas