Connect with us

Oh! Media

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Menelan Kos Sebanyak RM20 Juta

Upin ipin keris siamang tunggal 805x453png

Umum

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Menelan Kos Sebanyak RM20 Juta

Animasi popular negara iaitu Upin Ipin bakal menemui peminat dengan filem terbaru mereka Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan ia dikatakan telah mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan.

Jangka masa yang lama diambil bagi menyiapkan projek kali ini dikatakan kerana pihak Les’ Copaque ingin memberikan kualiti terbaik untuk tontona peminat dalam dan luar negara.

Menggunakan kepakaran tempatan dengan suntikan teknologi luar negara, filem yang menelan belanja RM20 juta itu bakal menemui penonton di pawagam pada 21 Mac depan.

IKLAN

“Filem ini mengambil masa agak panjang untuk disiapkan kerana Les’ Copaque mahu meningkatkan tahap teknikal produksi.

“Selain itu, pasukan penerbitan kita juga banyak mempelajari kemahiran teknikal apabila filem ini mendapat suntikan teknologi dari Hong Kong, Thailand dan Amerika Syarikat,” kata pengarah urusan Burhanuddin Md Radzi.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berkisar mengenai pengembaraan kembar terbabit ke sebuah kerajaan Inderaloka selepas menemui sebilah keris dalam bilik stor milik Tok Dalang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas