Connect with us

Oh! Media

Ulama Tersohor Negeri Sembilan Meninggal Dunia

Imagejpg

Umum

Ulama Tersohor Negeri Sembilan Meninggal Dunia

Murshid Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz Sheikh Ahmad, 79, meninggal dunia di rumah ibunya di Kampung Pondok Rasah, Seremban, petang Isnin.

Anak saudaranya, Mohd Tariq Mohd Kamal berkata, ulama tersohor itu meninggal dunia jam 5.30 petang sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Columbia di Oakland, Seremban, jam 4 petang.

Katanya, Almarhum yang juga adik kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Murtadha dimasukkan ke hospital oleh anaknya akibat kegagalan paru-paru, pagi semalam.

IKLAN

“Allahyarham dibenarkan keluar hospital sebelum dibawa ke rumah ibunya, Allahyarhamah Esah Abdul Wahab di Kampung Pondok Rasah. Namun kami mendapat berita sedih apabila beliau disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam ini.

Mohd Tariq berkata, bapa saudaranya mengidap sakit tua sejak setahun lalu dan jenazah akan disembahyangkan pada 12 tengahari, esok.

“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said selepas Zohor,” katanya.

Menurut Mohd Tariq, Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas