Connect with us

Oh! Media

Tunaikan Janji Atau Mahu Hilang Kuasa – Tun Mahathir

61434429445 950x600jpg

Oh! Negara

Tunaikan Janji Atau Mahu Hilang Kuasa – Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan memberikan peringatan kepada pimpinan kerajaannya agar mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat semasa pelihan raya yang lepas jika mahu terus kekal mendapat mandat daripada rakyat.

“Adalah amat penting bagi kerajaan untuk dipercayai oleh rakyat dan bagi kerajaan terbabit memenuhi janjinya.

“Bila gagal meraih kepercayaan rakyat, kerajaan yang kuat sekali pun akan tumbang dan kerajaan sekarang amat menyedari perkara ini tetapi maklumlah, janji yang dibuat ini adalah sebelum kami berkuasa,” katanya.

IKLAN

“Nasib baik atau mungkin sebaliknya, kami pula yang menang dan kini terpaksa berusaha dua kali ganda untuk melaksanakan janji terbabit.

“Sudah tentu ia kadang-kadang sukar bagi memenuhi janji tetapi sama ada ia sukar atau tidak, kita mesti menunjukkan yang kita sedang berusaha sebaik mungkin bagi mencapainya.

“Kuasa sebuah kerajaan hanya berkesinambungan jika ia boleh dipercayai, jika anda mahu dipercayai, kita mesti kotakan janji kita,” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas