Connect with us

Oh! Media

Terkini! Tun Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Perdana Menteri Kepada Agong

Tun2bmahathir2b2jpg

Oh! Negara

Terkini! Tun Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Perdana Menteri Kepada Agong

Terkini! Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara mengejut dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebentar tadi. Perkara ini dilakukan apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diaktakan telah pergi berjumpa Tun Mahathir di kediamannya.

Keputusan ini mungkin berpunca dari pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan sejak Jumaat lalu semasa mesyuarat Majlis Presiden. Sebelum ini juga sudah banyak berita yang membincangkan tentang peletakan jawatan Perdana Menteri dan ramai menjangkakan Anwar Ibrahim akan naik menggalas jawatan tertinggi negara itu.

IKLAN


Bagaimanapun kita masih menantikan kenyataan rasmi dari Jabatan Perdana Menteri yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kita juga masih menantikan penjelasan tentang apa yang terjadi pada hari Ahad semalam di mana ada perjumpaan di antara pemimpin parti yang dikatakan akan mewujudkan parti gabungan Perikatan Nasional.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas