Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Tukang Masak Mandi Dalam Periuk Masak Sup

Umum

(Gambar) Tukang Masak Mandi Dalam Periuk Masak Sup

Seorang tukang masak tentera telah dikecam apabila sekeping gambar menunjukkannya sedang mandi dalam periuk besar yang digunakan untuk memasak sup tersebar luas di internet.

ADVERTISEMENT

Victor Gamboa, 27 dari batalion tentera polis ke-13, Cambodia dirakamkan membuka baju dan kemudiannya memanjat masuk ke dalam periuk yang besar. Malah dia juga turut dilihat mengambil botol shampu dan mula memandikan dirinya.

Menurut seorang lagi tukang masak disitu, periuk itu digunakan untuk memasak sup untuk seluruh tentera di kem itu. 

“Mula-mula dia membasuh rambut dan kemudiannya membasuh kaki dan alat sulitnya. Ia amat menjijikkan dan saya tidak percaya apa yang saya nampak.

“Apabila saya bertanya kepadanya apa yang dilakukan itu, dia hanya ketawa dan memaklumkan bahawa saya tidak perlu risau mengenainya,’’ kata

Berikutan tindakan yang dianggap tidak wajar, Victor telah disiasat dan dikenakan tindakan disiplin. Malah, tempat memasak itu juga turut ditutup selepas diarahkan oleh Sekretariat Kesihatan.

OHMEDIA: Jadilah rakan komunity Oh! Media di WhatsApp. Kongsikan apa sahaja info, gambar atau video yang menarik di nombor 012-923 1562.

Attack Otot Trisep Dengan Senaman Ini!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas