Connect with us

Oh! Media

“Tuhan Hantar Seseorang Bantu Saya Langsaikan Hutang” – Ogy

Oh! Artis

“Tuhan Hantar Seseorang Bantu Saya Langsaikan Hutang” – Ogy

Sebelum ini pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa kak Ogy telah terpalit satu isu mengenai isu tidak menjelaskan pembayaran yang tertunggak kepada krew produksi dan pelakon Teater Korupsi Dewan Semandung. Menyebabkan reputasinya sebagai artis terjejas.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini juga kak Ogy ada menjelaskan bahawa beliau tidak akan lari dan berusaha untuk melangsaikan hutang pembayaran kepada krew dan pelakon tetaer berkenaan, kerana percaya bahawa Allah akan menolongnya.

Sumber gambar dari AirAsia Redtix

Kak Ogy menjelaskan akhirnya tanpa disangka, beliau menerima pertolongan dari seorang individu melalui DM Instagram untuk mempromosikan dan menjayakan kempen menjual produk pes kari buatan kak Ogy sendiri.

Sementara itu, Khairul Hakimin Muhammad yang menawarkan pertolongan menjelaskan bahawa niatnya hanya ingin membantu kerana mahu mengenang jasa kak Ogy dalam industri hiburan tanah air. Bahkan dia tidak mengambil sebarang komisen dari jualan pes kari berkenaan.

Meskipun dihujani dengan kritikan dan komen-komen negatif dari segelintir pihak, dia hanya mengambil langkah untuk kekal positif sahaja.

OHMEDIA: SEMOGA DENGAN USAHA YANG DIJALANKAN DAPAT MEMBANTU KAK OGY MEMBAYAR SEMUA HUTANG KREW DAN PELAKON DISAMPING MEMBERSIHKAN NAMA BAIK BELIAU.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca tuhan hantar seseorang pada kak Ogy untuk langsaikan hutang di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas