Connect with us

Oh! Media

Tuan Guru Nik Aziz Tanya Waktu Solat, Minta Perdengarkan Bacaan Al-Quran

nik2bazizjpg

Umum

Tuan Guru Nik Aziz Tanya Waktu Solat, Minta Perdengarkan Bacaan Al-Quran

 

Umum sedia maklum tentang berita menyedihkan bahawa tuan guru Nik Abdul Aziz kini sedang berada dalam keadaan uzur sehingga di Unit Rawatan Rapi (ICU), di Hospital Universitu Sains Malaysia (HUSM).

Perkembangan kesihatan bekas Menteri Kelantan itu didedahkan sendiri oleh anaknya Nik Mohamad Abduh menerusi laman sosial Facebooknya.

IKLAN

“Ketika bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.

“Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, Alhamdulillah, moga kembali sihat.

“Doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.

“Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga dan beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap,” katanya.

Menurut Nik Abduh lagi, ada tetamu yang hadir melawat berpeluang untuk berkomunikasi dengan ayahnya. Malah beliau juga memaklumkan keadaan Tuan Guru kini bertambah baik dan sudah boleh menunaikan solat Subuh serta bersarapan teh.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas