Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Usaha Dapatkan 10 Juta Topeng Muka & Berikan Secara Percuma Kepada Rakyat

Topeng2bmuka2bpercumapng

Umum

Kerajaan Usaha Dapatkan 10 Juta Topeng Muka & Berikan Secara Percuma Kepada Rakyat

Kita dapat tengok yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang dalam keadaan resah, lagi-lagi bila topeng muka di kebanyakan farmasi dan kedai sudah habis. Ada yang ditipu dalam jualan online dan ada juga yang terpaksa membuat topeng muka mereka sendiri.

Bagaimanapun, sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk melakukan edaran topeng muka secara percuma buat semua rakyat Malaysia yang memerlukan.

Walaupun Malaysia mempunyai kilang topeng muka sendiri, kita terpaksa membawa masuk ia dari negara China kerana proses penghasilan mengambil masa yang lama kerana bahan yang terhad.

IKLAN

Kita telah mengambil keputusan untuk mengimport topeng muka dari negara China sebanyak 10 juta keping yang patutnya dapat diusahakan segera. Semalam saya telah mengarahkan NADMA, agensi yang bertanggungjawab tentang malapetaka supaya mereka mengeluarkan peruntukan yang sudah disediakan kerajaan untuk membawa masuk. – Katanya.

Muhyiddin juga sedia maklum mengenai harga topeng muka yang dijual di luar sangat mahal sehingga ada yang menjual melebihi RM1.18 sen untuk satu topen muka.

Kita akan bawa masuk dan kita akan agih-agihkan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan sebagai sumbangan kerajaan ketika krisis ini. – Tambahnya lagi.

Lihat ucapan Perdana Menteri yang diadakan sebentar tadi dan boleh ke minit 30:30 untuk info topeng muka percuma.




Sumber: RTM

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas