Connect with us

Tok Ti Kesal Lagu Baru Buat Frontliner, Dimuat Naik Kembali Secara Haram

Oh! Artis

Tok Ti Kesal Lagu Baru Buat Frontliner, Dimuat Naik Kembali Secara Haram

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan frontliner yang berusaha mengekang penularan wabak COVID-19, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghasilkan sebuah lagu baru yang bertajuk ‘Basyirah’.

Tok Ti mendedahkan lagu berkenaan bukanlah sebuah lagu hiburan semata-semata, tetapi lagu berkenaan didedikasikan untuk semua petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban. Tambah beliau lagi, lagu ini sebagai memberi sokongan kepada mereka.

Alhamdulillah, single Basyirah telah berada di semua digital platform. Purchase & stream ya semua. . Tidak hanya sebuah lagu untuk hiburan tetapi saya melagukan supaya maknanya sampai, rasanya sampai dan setulus dedikasi untuk semua ‘KITA’ yang menjadi ‘barisan hadapan’. Bagi saya selain frontliners yang berkorban dalam keadaan sekarang, kita juga berperanan untuk mendukung mereka. . Apalah ertinya Khabar Gembira atau Basyirah, jika masih ada dalam kalangan kita merasakan sesebuah karya itu boleh dirampas, dijadikan hak kepentingan diri, diperkotak-katikkan hak ciptaan. . Kita tidak akan menang atau menjadi nombor satu dengan sifat rakus memuatnaik dan menyebarkan lagu yang tidak sampai sejam pun dilancarkan dengan cara ilegal. . Belajarlah menghormati dan menghargai penat lelah dan hak orang lain. . Terima kasih kepada semua yang telah mendapatkan lagu Basyirah, semoga berkenan di hati dan sama-sama menghayati. . @hafizhamidun @fedtriyahya @universalmusic_my #snpteam
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on



Lagu ‘Basyirah’ ini telah dilancarkan sejak tengah malam tadi, dimana ia hasil ciptaan pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dan komperser terkenal, Hafiz Hamidun. Dipetik dari Sinar Harian, musik video rasmi lagu berkenaan boleh tonton di YouTube pada jam 3 petang ini.

Namun Tok Ti meluahkan kekesalan keatas beberapa pihak yang memuat naik lagu berkenaan secara haram. Beliau menasihatkan pada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab agar belajar menghormati dan menghargai penat lelah dan hak oranng lain.




OHMEDIA: SEMOGA DENGAN LAGU INI, DIHARAPKAN FRONTLINER KITA TERUS KUAT BERJUANG MELAWAN PENULARAN WABAK INI.

Sumber: Sinar Harian | Instagram @ctdk

+ Baca respon pembaca lagu baru Tok Ti yang didedikasi buat frontliner di Facebook Oh! Media



Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top