Connect with us

Oh! Media

Tok Mat Isytihar Harta Setiap Tahun di SPRM Semasa Menjadi Menteri Besar

Oh! Negara

Tok Mat Isytihar Harta Setiap Tahun di SPRM Semasa Menjadi Menteri Besar


Datuk Seri Mohamad Hassan atau Tok Mat yang akan bertanding di PRK Rantau menyatakan bahawa beliau tiada keperluan untuk mengisytiharkan harta seperti yang diminta parti lawan kerana sudah tidak bergelar Menteri Besar.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahunan anda, pengisytiharan harta ini bukanlah perkara baru, memandangkan Tok Mat menyatakan dirinya akan pergi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM pada setiap penggal bagi pengistiharan hartanya.

“Saya setiap penggal isytihar harta dengan SPRM, pergilah semak dengan mereka. Setiap tahun saya kena isytihar harta, bukan saja-saja jadi Menteri Besar”, jelasnya.

Tok Mat juga menyatakan bahawa kini hartanya semakin susut dan tidak bertambah serta terpaksa menjual rumah, kereta dan tanah bagi mengurangkan komitmen yang perlu ditanggung kerana tiada pendapatan. Kini hanya bergantung pada pencen dan elaun wakil rakkyat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas