Connect with us

Oh! Media

Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

Oh! Negara

Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

ADVERTISEMENT

Hari ini Malaysia bukan sahaja kehilangan pengulas sukan yang amat popular, Dato’ Hasbullah Awang tetapi turut kehilangan seorang tokoh Ulama’ yang amat disegani ramai tidak mengira apa agama, bangsa, mahupun fahaman politik.

Allahyarham Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat meninggal dunia kira-kira jam 9:45 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan yang lebih mesra dipanggil Tok Guru itu menghebuskan nafasnya yang terakhir kira-kira satu jam sebaik sahaja tiba di rumahnya, selepas keluar daripada hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Satu jam sebelum itu, Allahyarham dibenarkan keluar dari HUSM selepas 25 hari menerima rawatan di hospital tersebut. Nik Aziz yang menghidap penyakit kanser prostat tahap empat, mula dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM sejak 19 Januari lalu, berikutan kesihatannya semakin merosot.

Jenazah akan disembahyangkan jam 10 pagi esok (Jumaat) di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

“Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur”. [HR Ahmad dan Tirmidzi]

Pemergiannya pada hari Jumaat (mengikut tarikh Islam selepas Maghrib merupakan hari baru) dengan penuh ketenangan di kediamannya yang penuh bersederhana. Pemergiannya insan ini pastinya amat dirindui. Kisahnya pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Selamat datang wahai Tuan Guru yang dikasihi ke rahmat Allah Taala. Semoga diterima segala amalan. Kini dikau pergi dari sisi kami dan insyaAllah kami akan menyusuli Tuan Guru kemudian hari. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat. Moga roh’nya dicucuri rahmat Allah.

Update:

“Makam Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Antara petanda seseorang itu waliyullah ialah apabila kita mengenangkan ia maka kita akan ingat pada Allah SWT.” – Gambar dari Muhammad Uthman Affan

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas