Connect with us

Oh! Media

TNB Potong Bekalan Elektrik Premis Disyaki Terlibat Kegiatan Judi Di Ampang Pula

Umum

TNB Potong Bekalan Elektrik Premis Disyaki Terlibat Kegiatan Judi Di Ampang Pula

Semalam, Tenaga Nasional berhad (TNB) memotong bekalan elektrik di sepuluh buah premis dekat Ampang yang disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian. Tindakan tersebut diambil untuk mengelakkan aktiviti sebegitu beroperasi di daerah itu kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail. Sebelum ni, tindakan yang sama telah dilakukan di Kluang.

ADVERTISEMENT


BACA : Tindakan Potong Elektrik Premis Judi Antara Cara Yang Digunakan Di Kluang


Menerusi kenyataan media hari ini, Azam berkata operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu bermula 12.30 tengah hari semalam dengan kerjasama bersama TNB.

Pemotongan elektik di premis-premis tersebut mengikut Undang-Undang di bawah Seksyen 38 (1A) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan 2001) dan juga bertindak mengikut Undang-Undang Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289 – Pindaan 2001) dengan kuasa-kuasa di bawah seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi terbuka 1953 (Akta 289 – Pindaan 2001) ke atas premis yang terlibat.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca TNB potong bekalan elektrik premis judi di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas