Connect with us

Oh! Media

TMJ Memberi Nafas Baru Kepada Pergerakan Belia

segala2busaha2bke2barah2bperpaduan2brakyat2bmesti2bdisokong252c2basalkan2bniat2bitu2badalah2bdemi2bmemperbaiki2bsebarang2bkelemahan2bke2barah2bmemajukan2bnegarapng

Oh! Negara

TMJ Memberi Nafas Baru Kepada Pergerakan Belia

Sumber Gambar : HRH Crown Prince of Johor

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja Johor yang amat sinonim dengan gelaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah merasmikan Konvensyen Belia Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru. Untuk pengetahuan korang, terdapat ribuan peserta dan perwakilan belia di seluruh negara yang datang untuk menyertai sesi forum bersama DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Walaubagaimanpun Kebanyakkan perwakilan belia yang hadir berasa tidak puas hati terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dikatakan menyekat semua peruntukan untuk persatuan belia melakukan aktiviti dan telah menyebabkan persatuan belia di peringkat negeri dan kebangsaan sukar untuk menjalankan aktiviti di peringkat akar umbi. Perwakilan belia juga berharap agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat menghormati mereka seperti mana mereka menghormati KBS.


IKLAN

Sumber Gambar : HRH Crown Prince of Johor

Dalam ucapan TMJ, beliau sentiasa berharap untuk melihat Negeri Johor sentiasa maju dan bergerak ke depan dan segala usaha ke arah perpaduan rakyat mesti disokong, asalkan niat itu demi memperbaiki sebarang kelemahan serta ke arah memajukan negara. Oleh itu, korang sebagai belia perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati tidak kira kaum atau agama.

Ohmedia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim kerana memberi nafas baru kepada pergerakan belia di negara kita.

+Baca respon pembaca di Oh! Media


Oh! Geekz

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas