Connect with us

TMJ Kongsi Berita Gembira Kelahiran Seorang Putera Raja

Oh! Politik

TMJ Kongsi Berita Gembira Kelahiran Seorang Putera Raja

Korang tahu tak beita gembira yang dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pagi tadi? Untuk pengetahuan korang, malam tadi Che Puan Khaleeda Bustamam telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

Berita itu dikongsikan TMJ di laman Facebook rasminya pada pagi tadi dan berkata isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan,” tulisnya di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Kelahiran terbaharu ini merupakan putera kedua buat pasangan diraja itu selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 3, yang juga cahaya mata sulung mereka.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

To Top