Connect with us

Oh! Media

TLDM Bakal Miliki Helikopter Canggih?

26745471485 dbfe5e1d46 c2b252812529jpg

Umum

TLDM Bakal Miliki Helikopter Canggih?

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dilengkapkan dengan  helikopter  canggih termasuk yang mempunyai teknologi antikapal selam bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara dalam keadaan terbaik.

Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata perkara itu wajar diberi perhatian kerana kapal serta kapal selam negara asing menggunakan teknologi terkini serta canggih sehingga memerlukan TLDM mempunyai aset yang hebat untuk membuat pemantauan dari udara.

Selain itu, katanya penambahan aset helikopter itu juga perlu kerana TLDM hanya mempunyai 12 helikopter jenis Super Lynx dan Fennec yang dilihat tidak mencukupi bagi mengawal perairan negara yang luas termasuk perairan Sabah dan Sarawak.

IKLAN

“Kita belum mempunyai helikopter anti kapal selam dan berharap kerajaan dapat menyediakan bajet pembelian enam kapal anti kapal selam pada Rancangan Malaysia Ke-12 nanti,” katanya selepas majlis Pengiktirafan Kejayaan 10,000 Jam Penerbangan Helikopter Super Lynx Mk 100 di sini hari ini.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas