Connect with us

Tip Untuk Kekal Kacak Pada Hari Raya

Oh! Lifestyle

Tip Untuk Kekal Kacak Pada Hari Raya

Setiap kaum Adam pasti akan berusaha menjaga penampilan ketika hendak keluar pergi beraya. Walaubagaimanapun, pada tahun ini kita dilarang untuk balik kampung dan juga menziarahi keluarga pada hari raya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum tamat. Namun tidak salah jika kita tetap menjaga penampilan untuk kekal kacak pada hari raya. Di bawah ini Ohmedia nak kongsikan dekat korang tip untuk kekal kacak pada hari raya.

Rambut

Rambut boleh dianggap sebagai mahkota bagi setiap lelaki. Rambut yang tidak terurus pasti akan membuatkan korang rasa kurang yakin untuk keluar beraya. Oleh itu, pastikan rambut dipotong dan dijaga dengan kemas. Gaya rambut juga memainkan peranan penting kerana ia akan melambangkan keperibadian kita.


Bulu Pada Wajah

Setiap tetamu yang kita jumpa pada hari raya pasti akan fokus melihat wajah kita. Pastikan korang membersihkan dahulu lebihan bulu-bulu yang terdapat pada hidung dan telinga supaya tidak terlalu menonjol. Tetamu boleh menilai tahap kekemasan dan kerbersihan diri kita pada waktu itu.

Kuku

Tanpa kita sedari kadangkala kita terlupa untuk memotong kuku. Jika kuku tangan dan kaki korang panjang pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang sekeliling. Oleh itu, potong kuku supaya nampak lebih kemas dan bersih.

Gigi 

Jika korang jenis yang malas menggosok gigi pasti akan membuatkan mulut berbau busuk. Hal ini akan menyebabkan orang lain terutama kaum wanita tidak mahu mendekati korang. Oleh itu, rajinkan diri untuk meggosok gigi sekurang-kurangnya satu hari sekali kerana senyuman yang mahal datang dari gigi yang putih dan bersih

OHMEDIA: SEMOGA TIP INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KAUM ADAM

+Baca respon pembaca tip untuk kekal kacak pada hari raya di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending

To Top