Connect with us

Oh! Media

Tindakan Seorang Ayah Ini Mencuri Perhatian Netizen

larisnpng

Oh! Lifestyle

Tindakan Seorang Ayah Ini Mencuri Perhatian Netizen

Tersentuh hati Ohmedia bila terbaca tindakan seorang ayah terhadap seorang anak lelakinya. Betullah apa yang dikatakan kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa.

Kejadian itu telah dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook apabila seorang pelajar sedang berlari merentas desa. Perkara yang sangat menyentuh hati apabila seorang ayah sanggup mengekori anaknya dari belakang semata-mata untuk memberikan kata-kata semangat.

Tak cukup dengan mengekori dari belakang, seorang ayah sanggup menuntun motornya untuk lari bersama-sama. Tindakknya itu hanya untuk memastikan anaknya tidak berputus asa untuk menghabiskan larian sampai ke garisan penamat.

IKLAN

Apa yang ohmedia dapat lihat, larian itu bukanlah untuk mengejar kemenangan tetapi sokongan ayah kepada anaknya untuk menghabiskan larian. Larian bersama yang penuh dengan kegembiraan itu dilihat seperti larian kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah kepada anak.

Ohmedia harap, bila adik dah besar nanti jangan lupakan pengorbanan ibu dan ayah untuk kita tau!

Sumber: Fazly Hafiz Yahaya


+Baca respon pembaca Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas