Connect with us

Oh! Media

Tindakan Mahkamah Dikenakan Terhadap Penyebar Munafik 2

screen shot 2018 09 16 at 34659 pmjpg

Umum

Tindakan Mahkamah Dikenakan Terhadap Penyebar Munafik 2

Berikutan dengan individu yang lakukan penyebaran Filem Munafik 2 di media sosial, terkini penerbit, Datuk Dr Yusof Haslam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai membuat rakaman tanpa kebenaran itu.

Produser Skop Productions itu berkata, pihaknya melalui peguam yang dilantik, Aizul Rohan Saiful Roger & Co, memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Taiping pada 8 Oktober lalu bagi menghalang individu terbabit menyebarkan sama ada filem penuh atau mana-mana bahagian karya arahan Syamsul Yusof berkenaan.

“Kalau diikutkan, ada 10 individu yang menyebarkan filem ini di media sosial, tetapi mereka sudah memadamkan rakaman terbabit selepas kami meminta pihak berkenaan berbuat demikian.

IKLAN

“Bagaimanapun lelaki terbabit mencabar kita apabila enggan berbuat demikian. Kita akan berbincang dengan pihak peguam bagi menentukan untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

“Kami tetap mengambil tindakan sendiri bagi mempertahankan industri perfileman tempatan, selain menyedarkan masyarakat mengenai isu cetak rompak yang dianggap barah dalam dunia sinema kita,” katanya.

“Isu yang timbul ini memberikan interpretasi buruk terhadap industri filem kita. Saya dapat maklum balas daripada penonton di Indonesia yang mengatakan, untuk apa mereka ke panggung kalau boleh menonton filem ini di media sosial?” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas