Connect with us

Oh! Media

Timbul Dakwaan 3 Juta Warga China Masuk Malaysia Semasa Sistem KLIA Bermasalah

Oh! Negara

Timbul Dakwaan 3 Juta Warga China Masuk Malaysia Semasa Sistem KLIA Bermasalah

Alamak, betul ke dakwaan ni? Apa yang Ohmedia maksudkan adalah mengenai dakwaan yang mengatakan seramai 3 juta warga China dan warga asing lain telah masuk ke dalam negara semasa gangguan sistem di KLIA, Sepang.

ADVERTISEMENT

Dakwaan yang telah viral di media sosial ini, walaubagaimanapun ia dinafikan Jabatan Imigresen dan Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud menegaskan proses pemeriksaan kemasukan warga asing oleh jabatan itu dilakukan secara manual dan semua pelawat asing perlu mematuhi semua syarat serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan pelawat asing.

Tidak cukup dengan itu, langkah keselamatan juga telah dipertingkatkan dari kebiasaan yang turut dibantu pasukan pemantau, penguat kuasa di balai ketibaan dan pelepasan antarabangsa.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan sesuatu berita sebelum membuat perkongsian dan membuat ia viral, katanya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas