Connect with us

Oh! Media

Timbalan Perdana Menteri NZ Selamat Tiba di Malaysia

Oh! Negara

Timbalan Perdana Menteri NZ Selamat Tiba di Malaysia

Winston Peters yang merupakan Timbalan Perdana Menteri New Zealand kini dilaporkan telah tiba di Malaysia bagi lawatan kerja selama dua hari.

ADVERTISEMENT

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Anggota Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

“Lawatan ini menyediakan peluang bagi kedua-dua negara meneroka cara untuk mengukuhkan kerjasama dua hala sedia ada dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan hubungan antara rakyat,” menurut kenyataan Wisma Putra.

Lawatan kerja ini juga dilihat sebagai tindak balas bagi membincangkan cara untuk memerangi keganasan seperti tragedi hitam yang mengakibatkan 50 orang terbunuh termasuk seorang remaja Malaysia yang diserang pengganas di dua masjid Christchurch pada 15 Mac yang lepas.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas