Connect with us

Oh! Media

Tiga Lagi Rakyat Palestin Ditembak Mati

Headlineimageadapt1460highsocial media israel gaza a1405186929327jpg

Umum

Tiga Lagi Rakyat Palestin Ditembak Mati

Tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya 30 yang lain semasa protes di sempadan Gaza, semalam.

Jurucakap tentera Israel berkata, mereka terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang kira-kira 1,200 penunjuk perasaan daripada melintasi pagar sempadan Gaza-Israel.

Tambahnya, penunjuk perasaan membakar tayar selain melempar bom petrol dan membaling batu ke arah tentera.

IKLAN

Mangsa yang maut termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Kematian remaja berkenaan menjadikan angka korban rakyat Palestin sejak tunjuk perasaan besar-besaran pada 30 Mac lalu, meningkat kepada 177 orang.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menuntut hak rakyat Palestin pulang ke kampung halaman yang dirampas Israel semasa peristiwa Nakba.

Peristiwa Nakba bermaksud ‘malapetaka’ dalam bahasa Arab dan merujuk kepada peristiwa pengusiran seramai 750,000 rakyat Palestin dari rumah mereka pada 1948, iaitu tahun negara haram Israel ditubuhkan, dan pemusnahan beratus-ratus perkampungan Palestin oleh tentera Yahudi.  – Middle East Monitor

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas