Connect with us

Oh! Media

Tiada Tolak Ansur Buat Mereka Yang Mempersoal Kuasa dan Keistimewaan Orang Melayu

Umum

Tiada Tolak Ansur Buat Mereka Yang Mempersoal Kuasa dan Keistimewaan Orang Melayu

Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras.

ADVERTISEMENT

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, golongan ini juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat membangkit serta mempersoalkan perjanjian ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan.

“Walau berulang kali beta telah menyentuh tentang isu-isu ini, namun beta akan terus bersuara dan menegaskan bahawa tiada sebarang tolak ansur dalam cubaan golongan tertentu mengikis kuasa dan keistimewaan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini.

“Peranan raja-raja Melayu dalam memayungi kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera tanpa mengetepikan hak kaum lain akan terus bertapak di negara ini dan dipertahankan,” titah baginda.

“Fahaman liberalisme ini telah berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam sehingga muncul golongan yang menuntut kesamarataan gender, perkahwinan sesama jantina, menolak para ulama, wanita menjadi imam solat dan wali perkahwinan, menghalalkan perkahwinan orang Islam dengan penganut agama lain serta tuntutan kebebasan beragama dan menukar agama sesuka hati.

“Beta amat khuatir jika pemikiran ini tidak dibendung secara serius, ia mungkin akan menjadi satu jalan memudahkan musuh Islam menghancurkan agama Islam di negara ini dan dikhuatiri Allah SWT akan menurunkan malapetaka kepada kita semua,” titah baginda lagi.

“Program-program kesedaran berkenaan ancaman terhadap akidah umat Islam dan program pengukuhan akidah juga perlu dipertingkatkan bermula dari peringkat sekolah lagi serta di masjid dan surau seluruh Selangor.

“Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan fatwa negeri Selangor yang dikeluarkan ianya tidak perlu dibahaskan secara terbuka sebaliknya terdapat saluran tertentu bagi menyuarakan pendapat mereka berkaitan sesuatu fatwa yang dipertikaikan tersebut.

“Beta percaya jika pendekatan ini diambil, perbincangan secara ilmiah akan dapat dilakukan bagi mengatasi sebarang pertikaian dan perbezaan pendapat berkaitan dengan sesuatu fatwa,” titah baginda.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas