Connect with us

Oh! Media

Tiada Lagi Video Masakan Sugu Pavithra Selepas Ini Dalam Dapur Yang Sempit

Umum

Tiada Lagi Video Masakan Sugu Pavithra Selepas Ini Dalam Dapur Yang Sempit

Youtubers sensasi Malaysia Sugu Pavithra malam tadi telah menaikkan dua lagi video yang agak berlainan dan bukan tentang masakan. Tetapi tentang proses pindah dan basuh rumah baru mereka sekeluarga. Sebelum ini, Pavithra menceritakan yang suaminya Sugu berhenti kerja untuk memberikan tumpuan untuk menghasilkan video di Youtube.

ADVERTISEMENT

Rata-rata netizen gembira melihat perubahan dan rezeki yang dimiliki keluarga Sugu Pavithra sehinggakan berjaya menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Rumah baru yang mereka nampak lebih besar berbanding rumah lama dan netizen tertarik melihat gelagat mereka sekeluarga membersihkan rumah. Sugu Pavithra juga terkenal dengan sifat pembersihnya dan lancar bertutur bahasa Melayu.




Video yang baru sahaja dikongsikan 16 jam yang lalu kini sudah mendapat 305,619 tontonan dan video kedua untuk proses pindah barang-barang pula mendapat 198,338 tontonan. Terus buat kebun sayur dekat belakang rumah baru gais!

Chanel Sugu Pavithra sudah mendapat lebih 675,000 subscribers dan nampaknya dalam masa beberapa bulan lagi cukuplah 1 juta subscribers.

OHMEDIA: SEMOGA KELUARGA INI TERUS SEMANGAT BERKONGSI VIDEO MASAKAN YANG MENARIK DAN DALAM MASA YANG SAMA DAPAT MEMUPUK PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA.

Kredit: You Tube Sugu Pavithra

+ Baca respon pembaca yang ikut chanel Sugu Pavithra di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas