Connect with us

Oh! Media

“Terpulang Nak Cakap Apa” – Hans Isaac

Oh! Artis

“Terpulang Nak Cakap Apa” – Hans Isaac

Sebelum ini, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali sebagai Datuk Hans Isaac pernah memuatnaik status sehingga mendapat perhatian netizen kerana melibatkan nama Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham.

ADVERTISEMENT

Kesilapan lama ulang lagi! -status yang ditulis Hans Isaac

Sepertimana yang kita tahu, Ahmad Idham sudahpun dilantik semula untuk memegang jawatan tersebut pada 6 Jun dan manakala Hans Isaac pula telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa di agensi itu pada 23 Mei lalu.

Itu hak netizen nak bercakap. Terpulang kepada mereka nak cakap apa dan menyebut nama siapa. Status saya itu hanya komen berdasarkan situasi semasa. Lagipun, saya tak baca pun komen mereka. Mungkin selepas ini baru saya nak baca. Dalam masa sama, ini akaun media sosial peribadi saya. Bagi saya, saya takkan respons mengatakan ia ditujukan pada nama sesiapa. Terpulang kepada persepsi masing-masing. Kalau nak baca luahan hati saya mengenai industri kreatif negara, boleh baca di akaun Facebook rasmi saya. -kata Hans Isaac

Ohmedia agak terkejut apabila Ahmad Idham dilantik semula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Finas. Padahal haritu orang lain dah ambil alih. Aduh, apa dah jadi sebenarnya gais?

OHMEDIA: BIARLAH DIORANG NAK BUAT APA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas