Connect with us

Terkini! Majlis Kenduri Kahwin Dibenarkan Mulai 1 Julai Dengan SOP

Oh! Lifestyle

Terkini! Majlis Kenduri Kahwin Dibenarkan Mulai 1 Julai Dengan SOP

Berita ini pastinya dapat memberikan senyuman kepada bakal suami isteri untuk mencipta hari terindah mereka selepas sebentar tadi Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan perkara yang paling dinanti-nantikan ini.

Majlis sosial yang dibenarkan merangkumi kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis-majlis berkaitan agama seperti tahlil, aqiqah dan doa selamat. Selain itu, ia termasuk juga majlis-majlis sambutan sosial seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi, re-union dan sebagainya. – Katanya dalam sidang media perkembangan PKPP sebentar tadi.

Tapi, seperti biasa semua majlis yang diberi kebenaran ini mestilah mengikut SOP yang ditetapkan dengan jumlah pengunjung yang tidak terlalu ramai iaitu tidak melebihi 250 orang mengikut saiz keluasan tempat serta masa yang terhad iaitu antara tiga hingga lima jam sahaja untuk satu-satu majlis.

Bukan itu sahaja, penyajian makanan secara buffet turut tidak dibenarkan bagi memastikan makanan tidak terdedah kepada resiko jangkitan. Disebabkan itu, pihak peramu saji perlu menguruskan semua ini dengan menyediakan makanan terus ke tempat meja tetamu.

SOP lain seperti biasa pengunjung perlu diperiksa dengan mengambil suhu bacaan, catat nama dan nombor telefon serta perlu menjaga penjarakan sosial. Mereka yang sakit, dan mempunyai sebarang gejala tidak digalakkan untuk hadir ke sebarang majlis.




Kredit: RTM

+ Baca respon pembaca yang gembira dengan berita ini di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

To Top