Connect with us

Oh! Media

Terkini, Akhirnya Kerajaan Gantung Kemasukan Rakyat China Ke Malaysia

tun m mainjpg

Oh! Negara

Terkini, Akhirnya Kerajaan Gantung Kemasukan Rakyat China Ke Malaysia

Selepas mengikuti perkembangan wabak virus corona dengan rapat, akhirnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan akhbar untuk menggantung sementara waktu kemasukan rakyat China dari Wilayah Wuhan, Hubei dan semua kawasan yang terlibat.

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.‬ Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum. – Tulisnya di Facebook.




Keputusan ini akhirnya diambil selepas mengikuti segala prosedur yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan mendapatkan pandangan pakar bagi menghadapi virus yang terus merebak ini.

Jadi segala kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya akan digantung buat masa ini.

IKLAN

Diharapkan negara kita akan terus dilindungi dari sebarang bencana dan wabak yang boleh menjejaskan keamanan negara.

+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas