Connect with us

Oh! Media

TERKINI! Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Melalui Akaun Kedua – PM

Umum

TERKINI! Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Melalui Akaun Kedua – PM

Sebentar sahaja tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi melakukan sidang media bagi menumumkan inisiatif pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia dalam situasi yang getir menghadapi wabak COVID-19.

ADVERTISEMENT

Sejak 18 Mac lalu Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pegerakan sehingga 31 Mac ini dan banyak perkara yang perlu diperhatikan oleh pihak kerajaan. Antara inisiatif yang diumumkan alah pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka dari akaun 2 bermula April ini.

Simpanan ahli KWSP bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. – Kata Perdana Menteri sebentar tadi.

Berikut adalah ucapan penuh Perdana Menteri dalam sidang media khas COVID-19 hari ini 23 Mac 2020.




Sumber: RTM

+ Baca respon pembaca yang kini boleh keluarkan KWSP di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas