Connect with us

Oh! Media

Terima Kritikan dan Kecaman Vs Dapat Perhatian Agensi Antarabangsa

43578339 567284203731072 5085942019457515792 njpg

Oh! Lifestyle

Terima Kritikan dan Kecaman Vs Dapat Perhatian Agensi Antarabangsa

Disebalik kritikan dan kecaman yang dihadapi pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui tidak pernah mengambil serius dan terus aktif dan beranikan diri untuk berfesyen.

“Saya tahu apa yang saya buat selama ini, malah sendaan itu sebenarnya menjadi ruang untuk saya memperbetulkan kelemahan yang ada.

“Saya sentiasa ambil selangkah ke depan kerana jika tidak, saya sama seperti mereka yang gemar mencari perkara negatif.

IKLAN

“Dalam berfesyen, saya suka bereksperimen dan ada kalanya agak berani. Tetapi, saya sentiasa berusaha untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen dan kecantikan di luar negara,” katanya sebagaimana yang dilaporkan kepada pemberita.

Kesan dari sikap beraninya itu, fesyennya kini sudah mula mendapat perhatian dari dua buah ahensi antarabangsa di London dan Paris yang berminat untuk menawarkan kontrak di bawah pengurusan mereka.

Neelofa berkata, dia akan bertemu dengan agensi terbabit bulan depan untuk menandatangani kontrak dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi namanya dalam bidang fesyen muslimah dan kecantikan.

Oh Media: Wow! Tahniah Neelofa atas kejayaan demi kejayaan yang terus dibina, Siapa agaknya dua agensi terbabit? Sama-sama kita nantikan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas