Connect with us

Oh! Media

Mengimbas Kenangan: Telefon NOKIA Paling Pelik Tapi Sangat Unik Yang Pernah Wujud

Umum

Mengimbas Kenangan: Telefon NOKIA Paling Pelik Tapi Sangat Unik Yang Pernah Wujud

Jenama NOKIA mungkin bukan lagi menjadi pilihan utama para pengguna untuk mendapatkan smartphone pilihan mereka pada hari ini tapi buat kebanyakan mereka yang membesar pada tahun 90-an dan 2000-an, pastinya tidak akan dapat melupakan betapa berjasanya NOKIA dalam hidup mereka. Ini kerana pada tahun-tahun tersebut, NOKIA sememangnya menjadi rebutan di sana-sini sebagai pengeluar telefon bimbit paling menyerlah dengan pelbagai jenis rekaan dan ketahanan yang menarik perhatian sesiapa sahaja. Ini kerana keberanian NOKIA dalam menghasilkan pelbagai jenis telefon bimbit yang pelik bila dilihat tapi sangat unik sebenarnya.

ADVERTISEMENT

Ketika itu, smartphones secanggih iPhone, Samsung dan lain-lain yang ada seperti hari ini langsung tidak pernah terbayang akan wujud. Namun telefon bimbit ketika itu tak semua orang mampu pakai. Siapa yang ada tu siap gantung dekat leher lagi penuh rasa bangga! Hahaha!

Selain korang boleh cari housing yang memang bersepah gila macam-macam design dan warna masa tu, lampu di keypad pun boleh ditukar kepada warna yang disukai. Masa zaman tu, casing atau bumper semua ni tak wujud lagi macam hari ini. Apa taknya kalau jatuh sekadar berkecai terpisah dari bahagiannya tapi masih boleh dipasang semula dan kembali kepada asal. Dah macam LEGO ye tak? Kalau housing calar atau pecah, terus beli housing baru dalam RM20 harga pada masa tu.

Biarpun NOKIA kini bukanlah lagi sebuah jenama yang menjadi pilihan orang ramai, berikut Oh! Media mempersembahkan rekaan-rekaan telefon bimbit lama buatan NOKIA yang mempunyai rekaan yang sangat unik dan menjadi kegemaran sesiapa sahaja pada ketika itu dan bukannya sekadar phone yang lebih kurang sahaja rekaannya seperti hari ini, hanya berbentuk petak dengan skrin besar memenuhi ruang.

NOKIA 7600
NOKIA 7370
NOKIA PRISM
NOKIA 8910i
NOKIA 7210
NOKIA 5210
NOKIA 3220
NOKIA 2300
NOKIA 6800
NOKIA 5510
NOKIA 3650
NOKIA 3200
NOKIA 5700
NOKIA 7280
NOKIA 7260
NOKIA 9210i. Ini consider macam tablet/laptop la pada zaman tu
NOKIA N93. Antara phone yang fokus pada rakaman video.
NOKIA X3
NOKIA N-GAGE. Kaki game gerenti akan pakai phone ni pada masa tu. Rekaan sangat menarik tapi bila nak guna untuk call atau jawab call, perlu pegang secara menegak. Rare gila!
NOKIA N-GAGE QD. Ini edisi yang telah ditambah-baik dari edisi N-GAGE sebelumnya. Ini OhMedia pun ada sebiji dulu. Hurm, menyesal jual!
NOKIA 7710 PDA. Penghujung zaman sebelum kewujudan telefon pintar (smartphones)
NOKIA 7700

Semua di atas yang kami paparkan ini merupakan rekaan phone NOKIA yang sangat unik dan menarik. Banyak lagi sebenarnya phone yang dikeluarkan oleh mereka dan antara yang paling legend dan menjadi ‘wajah’ NOKIA hingga ke hari ini kerana ketahanan pembuatan phone ketika itu tentulah yang di bawah ini.

The legendary, NOKIA 3310!!

Ada tak diantaranya yang pernah korang gunakan?

Rahsia Suri Rumah Dengan Pendapatan 5 Angka Sebulan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas