Connect with us

Oh! Media

Tamatkan Penjarakan Sosial Dalam Tren, Jangan Buat Keputusan Sesuka Hati

Umum

Tamatkan Penjarakan Sosial Dalam Tren, Jangan Buat Keputusan Sesuka Hati

Apa sudah jadi? Janganlah kita cepat sangat merasa selesa dengan pencapaian yang kita peroleh dalam menangani wabak pandemik Covid-19 ni walaupun penurunan mereka yang dijangkiti wabak ini semakin berkurangan.

ADVERTISEMENT

Ohmedia maksudkan tentang isu pengendali perkhidmatan rel Rapid KL yang bercadang untuk menamatkan peraturan penjarakan sosial dalam tren bagi memastikan lebih ramai penumpang dapat menggunakan perkhidmatan mereka.

Tindakan ini dilihat sangat terburu-buru dan telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakyat. Datuk Seri Ismail Yaakob turut telah menegur syarikat terbabit dan memberi amaran yang mana-mana syarikat tak boleh membuat keputusan sesuka hati mereka.

Mereka perlu memohon dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kelulusan, bukannya tiba-tiba umum untuk tidak buat penjarakan sosial. Kita faham masalah mereka apabila penjarakan sosial dilaksanakan, akan berlaku pengurangan penumpang. Namun, ini bukan hanya membabitkan perkhidmatan MRT (Transit Aliran Massa), LRT (Transit Aliran Ringan) dan bas tetapi juga pesawat dengan pengurangan penumpang sehingga 66 peratus. Jangan buat keputusan sendiri walaupun kurang penumpang dan kini alami kerugian. Jangan buat keputusan tanpa merujuk kepada kerajaan, tindakan itu salah. – Amaran dari Menteri Keselamatan.

Tunggulah sehingga keadaan benar-benar pulih dan kita perlu faham maksud sebenar menjalan hidup dengan norma baharu. Kebebasan dan kelonggaran yang diberikan bukannya bermaksud kembali jalankan kehidupan normal kita sebelum ini.

OHMEDIA: DIHARAPKAN KITA DAPAT MEMAHAMI MAKSUD HIDUP BERSAMA COVID-19 DAN SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI DARI SEBARANG PENYAKIT BAHAYA.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang turut merasakan masih terlalu awal untuk bersuka di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas