Connect with us

Oh! Media

Takziah Atas Pemergian Tok Guru Nik Aziz Dari Bumi Gaza, Mekah & Madinah

Umum

Takziah Atas Pemergian Tok Guru Nik Aziz Dari Bumi Gaza, Mekah & Madinah

Subhanallah. Allah telah tunjukkan kepada kita semua bahawa kita telah kehilangan seorang ulamak yang cukup disegani dan dihormati di mata dunia.

ADVERTISEMENT

Pemergian Tuan Guru Nik Aziz pada Jumaat lalu bukan sahaja di tangisi oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan tiga tanah suci iaitu Gaza, Mekah dan Madinah turut melahirkan rasa dukacita dan takziah atas berita pulangnya TGNA ke rahmatullah. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh anakanda TGNA iaitu Nik Mohamad Abduh.

Semalam (kelmarin), pada saat ini, Syeikh Ismail
Haniyeh, bekas perdana menteri Gaza, Palestin menghubungi saya daripada
bumi Gaza untuk menyampaikan salam takziah daripadanya mewakili umat
Islam Gaza di atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda tuan guru empat
hari lepas.

Beliau berpesan agar keluarga saya tabah menghadapi ketentuan ALLAH dan
berdoa semoga ayahanda diampuni dan dirahmati ALLAH dan ditempatkan
bersama para solihin.

Saya begitu gembira menerima panggilan daripada syeikh Ismail Haniyeh.
Begitu terasa kehangatan persaudaraan di antara kita di Malaysia dan
rakyat Gaza di serambi Baitul Maqdis.

Semoga ayahanda juga ditulis oleh ALLAH sebagai antara para pejuangNYA
yang berjuang untuk membebaskan bumi Palestin daripada penjarahan
Yahudi.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih
kepada seseorang yang telah bersusah payah menyampaikan berita kematian
ayahanda kepada seorang syeikh yang sedang mengajar di Masjid Nabawi di
kota Madinah, lalu diumumkan dan didoakan oleh syeikh bersama ahli
jamaah Masjid Nabawi yang lain.

Ia suatu penghargaan yang sukar diungkapkan. Semoga ayahanda termasuk
daripada kalangan para pencinta Rasulullah SAW dan diberi segala
kelebihan pahala sebagaimana yang dijanjikan olehNYA ke atas para
pencinta al Rasul. Sepanjang hidupnya ayahanda banyak menghabiskan
usianya berjuang menegakkan al-Quran dan sunnah Baginda.

Saya juga yakin seluruh rakyat Malaysia di kota Makkah yang sedang
menunaikan ibadah umrah turut mendoakan untuk ayahanda di hadapan kaabah
agar diampuni dan rahmati ALLAH.

Salam takziah dari tiga bumi suci!

Oh Tuhan, ampunilah dan rahmatilah ayahanda kami dengan syafaat kecintaan seluruh makhlukMU kepadanya.

Petang tadi (semalam), dalam kunjungan takziah rombongan pegawai
kerajaan ke rumah kami, seorang daripada mereka telah menceritakan
kepada saya bagaimana beberapa hari lepas, beliau telah bermimpi beliau
dikhabarkan oleh kawannya (dalam mimpi) bahawa Rasulullah SAW sedang
datang bertandang ke bumi Kelantan.

Beliau terjaga dengan rasa gembira walaupun kurang mengerti maksud
mimpi tersebut sehinggalah mendengar berita kematian ayahanda beberapa
hari kemudian.
Saya terharu dan begitu sukacita mendengarnya. Semoga ia adalah
basyarah (berita gembira) buat perjalanan ayahanda menuju ALLAH dan
bertemu al Rasul kecintaannya.

Oh Tuhan, adakah ayahandaku telah menemui kekasihnya itu? Gembirakan aku dan dia sebagai pencinta kekasihMU itu…

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK Pas Pusat

Ahli Parlimen Pasir Mas

OHMEDIA: Sehingga hari ini, setiap kali menatap gambar Tok Guru Nik Aziz, mata kami pasti berair. Ya Allah, Kau sejahtera lah beliau disana. Tempatkanlah dia dikalangan para solihin. Amin.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas